Popular Posts

Wednesday, 20 July 2011

Nak Beli Emas Dari Syarikat Mana ?


Salam

Saya sering menerima soalan dari peminat emas tetang apa beza beli emas fizikal 

dari syarikat dan kedai yang menjual emas fizikal X, Y, Z dan lain-lain. Baiklah, ini 
merupakan jawapan standard saya kepada semua.

Ada dua perkara yang perlu diketahui bila ingin membeli emas :

1. Harga emas semasa
2. Peratus spread - ini merupakan istilah yang sering digunakan untuk menunjukkan

 perbezaan antara harga jual (we sell) dan harga beli balik (we buy) oleh syarikat atau
 pengedar.

Soalan saya : Anda ingin membeli emas fizikal untuk dijadikan sebagai pelaburan

 jangka pendek dan sederhana (beberapa bulan atau setahun dua) atau anda ingin
 membeli emas fizikal dan kaut untung dalam jangka masa panjang ( beberapa 
tahun).

Jika pilihan anda adalah pelaburan jangka pendek dan sederhana, saya 

cadangkan carilah 
syarikat yang menawarkan peratusan spread yang terendah. Lagi kecil 
perbezaan antara 
harga we sell dan harga we buy lagi cepat keuntungan yang anda perolehi.
 Spread 5% lebih
 baik dari spread 8%. Ini adalah kerana tempoh yang diambil untuk harga 
we sell melepasi 
harga we buy lebih cepat di atasi jika spread 5% berbanding 8%. Senang 
cakap - ANDA UNTUNG CEPAT atau CEPAT BALIK MODAL.

Namun jika anda membeli emas sebagai pelaburan jangka panjang, faktor

 spread tidaklah begitu
 penting. Dalam hal ini lebih baik anda membeli emas dari syarikat yang 
menjual dengan harga 
paling rendah. Mottonya Buy lowest price and sell bila target keuntungan
 telah tercapai. Harga 
emas di Malaysia meningkat sekitar 23-25% setahun. Jika anda inginkan
 keuntungan lebih seratus peratus, simpanlah emas dalam masa 5 tahun.
 Jika anda menyimpan emas lebih 10 tahun, 
anda berpeluang menggandakan keuntungan anda lebih 250%. ANDA 
UNTUNG BESAR, 


LAMBAT TAPI SELAMAT. Tak janji tau.

Kalau masih pening nak pilih yang mana ? Nasihat saya camnilah, ada 

duit lebih beli aje
 emas mana-mana. Smile.


NB : http://emasnaufal.blogspot.com/2011/06/nak-beli-emas-dari-syarikat-mana.html

2 comments:

  1. Public Gold menawarkan spread yang kecil bagi gold bar dan hanya 15% bagi silver bar. Sila baca link ini untuk membeli http://dinatalib.blogspot.com/p/how-to-buy-pg-gold-bardinarsilver-bar.html ..

    ReplyDelete